Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

GAJAH SAMA GAJAH BERTELAGAH PELANDUK TERSEPIT DI TENGAH

Bila saja Dewan Rakyat bersidang,maka dewan yang mulia menjadi gelanggang bagi YB2 menunjuk kejaguhan masing2.samada dari wakil kerajaan atau pembangkang masing2 ingin menegakkan hujah2nya.Kalau lah segala hujah atau cadangan itu memberi keuntungan atau bermunafaat kepada rakyat memang saya sokong.sebab wakil rakyat itu di pilih oleh rakyat,malah rakyat akan berterima kasih atas segala hasil usaha wakil rakyat sanggup bertegang leher demi membela rakyat.
Tapi apa yang mendukacita kan kami rakyat,dewan yang sebegitu mulia telah di cemari oleh tingkah laku yang kurang enak bagi rakyat mengikuti di sebabkan wakil rakyat ingin menjadi juara atau jaguh.apa yang rakyat harap jauh sekali,dewan menjadi kecoh dengan tuduh menuduh ,fitnah memfitnah,hentam menghentam sesama sendiri.asyik membincang perkara yang tak ada kaitan dengan rakyat sampai rakyat naik muak bila mengikuti persidangan dewan.Bukan nya bila masuk dewan nak sampaikan masaalah rakyat, nak membela nasib rakyat,nak menuntut hak rakyat dan entah bermacam masaalah yang rakyat masih tanggung.lebih2 lagi rakyat yang keadaan hidup nya masih tak terbela.
Kasihani lah pada rakyat,hentilah bertelagah perkara yang tidak berkaitan dengan rakyat.Saya sebagat rakyat sangat2 mengharaokan kepada pemimpin samada kerajaan atau pembangkang bersekongkong lah dalam mencari titik tolak kesepakatan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

PILIHANRAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK

Saya merasa bertuah sekiranya pilihanraya yang bakal di adakan nanti berjalan denga lancar dan bersih dari segala penipuan dan kekecohan. saya berharap semua calun2 yang mewakili berbagai parti yang akan bertabding pada pilihanraya nanti jangan lah mencetuskan sesuatu perkarab yang tidak di ingini yang menyebabkan berlaku perkara yang di luar kehendak rakyat. pemimpin2 parti harap jaga lah hati penyokong masing2,jangan lah di biarkan ia nya mengikut emosi nanti buruk akibat hanti. sayangi lah negara kita Malaysia.